Jumaat, 1 Jun 2012

Kandungan Susu Ibu

1~>Protein
         Susu manusia mengandungi 2jenis protien iaitu dadih (whey) dan kasein. Kira-kira purata 60 hingga 80% kandungan protien dalam susu ibu adalah whey manakala selebihnya lagi kasein. Keseimbangan kandungan protein ini secara semula jadi mempercepatkan dan memudahkan proses pencernaan. Berbeza dengan kandungan susu formula yg kebiasaan lebih tinggi kandungan kasein ia menyukarkan proses penghadaman si manja...

2~>Laktoferin
      Protien ini menghalang pertumbuhan beberapa jenis organisma didalam usus seperti koliform dan yis yg bergantung hidup kepada zat besi...

3~>Iga Rembesan(secretory IgA)
      Imunoglobin berfungsi untuk melindungi bayi daripada virus dan bakteria terutama dr jenis yg sama yg terdedah kepada individu sekitar bayi tersebut seperti ibu dan keluarganya. Imunoglobin lain yg terkandung dlm susu ibu termasuk IgG dan IgM juga mempunyai fungsi serupa. Ia turut membantu melawan E-coli dan kemingkinan elergi.

4~>Lisozim
      Enzim ini melindungi bayi dr E-coli dan salmonela iaitu bakteria yg menyebabkan keracunan makanan serta demam tifoid. Ia juga membantu menigkatkan pertumbuhan usus yg sihat dan antiradang hati.

5~>Bifidus
         Membantu pertumbuhan laktobasilus iaitu bakteria baik yg melindungi bayi daripada bakteria dengan menghasilkan persekitaran berasid untuk mematikan bakteria.

6~>Karbohidrat
         Laktosa adalah kandungan utama karbohidrat yg ditemui dlm susu ibu ia menyumbangkan kira2 40% jumlah bekanlan kalori dr susu ibu. Laktosa membantu mengurangkan bakteria jahat dlm perut bg membolehkan bayi menyerap kalsium, fosforus dan magnesium dengan lebih baik. Ia membantu melawan penyakit dan menigkatkan perumbuhan bakteria sihat dlm perut.

7~>Lemak
         Susu ibu juga mempunyai lemak yang penting untuk kesihatan baik. Lemak diperlukan untuk tumbesaran otak, menyerap vitamin yang larut lemak dan menjadi sumber utama tenaga. Selain pembangunan otak asid lemak sangat diperlukan untuk pembentukan retina mata dan sistem saraf,Ia diserap kedlm otak semasa  semester terakhir ibu mengandung dan juga  melalui proses  penyusuan oleh ibu.

8~>Vitamin
      Jumlah dn jenis vitamin yg terkandung dlm susu ibu bergantung sepenuhnya dr pengambilan vitamin oleh ibu itu sendri.Ia menjadi sebab mengapa seorg ibu perlu mendapatkan bekalan makanan yg cukup zat termasuk vitamin.
Selain vitamin yg larut lemak iaitu vitamin A, D, dan K, vitamin larut air seperti vitmin C riboflavin, niasin, dan asid pantotenik juga pentig untuk kesihatan bayi.
Kerana keperluan vitamin ini pengamal perubatan akan menyarankan si ibu untuk menyusukan bayi dan pengambilan vitamn  pranatal.

9~>Leukocytes
      Adalah sel hidup yg terdapat hanya didalam susu ibu.Ia membantu melawan penyakit. Yg pasti gabungan antibodi sel hidup enzim dan hormon yg menyebabkan susu ibu mmenjadi susu paling ideal untuk bayi.Dan semua kandungan ini tidak dapat ditambah didalam susu formula.Inilah yg membezakan susu ibu dan susu formula..
Sebagai ibu bapa anda pasti inginkan yg terbaik untuk anak anda anda. Bagaimana pun ibu bapa yg bijak tahu  untuk memilih yg terbaik untuk anak..

So, ibu2 sume, bagi la susu ibu, anak sihat badan pun kuat. Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan