Isnin, 11 Jun 2012

"Abang nak pegi zoo"

Yeah, ari Isnin aku cuti, pas buat birthday Azzalea tu. Tapi bukan cuti rehat, cuti membawa anak2 jalan. Hahaha... Afiq sebok nak pegi zoo, dari minggu lepas lagi die nak pegi zoo. Ade ape ntah kat zoo tu, bulan 3 ritu da pegi Zoo Melaka, bulan ni nak pegi zoo lagi. Xpe la, bawak jer la. Aku suruh hubby aku cuti ari isnin, mesti cuti. Penat memasak x abis lagi, tambah plak ngan penat berjalan kat zoo. Kitorang bawak diorang pegi Zoo Negara jer la, xkan nak pegi Melaka lagi kot kan. Ayah die pun xpenah pegi Zoo Negara lagi, so, pegi jer la. Zoo Negara tu xla sebesar cam Zoo Melaka tu, tapi aku rase penat sangat jalan kat Zoo Negara tu, sebab badan da memang penat kot. Hubby aku bawak sekali la mak die ngan adik2 die.

Ok la, layan jer la gambar yang ade lagu ni erk. Hehehe...

 Sukenye die dapat jalan2...

 Afiq pun datang interprem dalam gambar Azzalea.



 Dengan mak mertua dan adik2 ipar aku






 Antara haiwan yang ade dalam zoo

 Gelagat Afiq yang pandai sangat bercakap skang ni

Tengah tunggu show pukul 3 petang

Ni jer gambar yang ade mase show, sebab betri kamera abis. Sedih...

Antara haiwan yang terlibat dalam show tu anjing laut, singa laut, binturong, bangau dan burung. Best la show tu. Abis jer show tu kitorang terus balik, tapi sempat la beli freeze magnet. Zoo tu pun tutup pukul 5, so kebanyakan pengunjung balik terus pas show tu. Jalan2 ni sempena birthday Azzalea, walaupun atas permintaan Afiq. Hohoho... So, birthday tahun depan nak pegi mane plak? Afiq pun dengan mulut muncung, buat cam orang tengah fikir ngan jari kat mulut die tu sambil tengok peta, cakap nak pegi mane yer??? Tunggu jawapan die tahun depan yer. Huhu...

Jumaat, 8 Jun 2012

Sape Nak Pegi Interview?

Sape2 yang belum dapat keje ke, akan ditemuduga ke, leh la bace tips ni. Untuk aku gak ni, kot2 lepas la exam tu nanti, diorang panggil la temuduga. Walaupun aku dah ade keje tetap, tapi jangan terlalu selesa dengan jawatan yang kite pegang sekarang. Seeloknye berusaha untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi. Dapat ke x tu lain cite, ok... Hahaha... Bermotivasi plak. Good luck...

Tips Temuduga : Etika Ketika Temuduga
  1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang berkenaan dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Jumaat, 1 Jun 2012

Kandungan Susu Ibu

1~>Protein
         Susu manusia mengandungi 2jenis protien iaitu dadih (whey) dan kasein. Kira-kira purata 60 hingga 80% kandungan protien dalam susu ibu adalah whey manakala selebihnya lagi kasein. Keseimbangan kandungan protein ini secara semula jadi mempercepatkan dan memudahkan proses pencernaan. Berbeza dengan kandungan susu formula yg kebiasaan lebih tinggi kandungan kasein ia menyukarkan proses penghadaman si manja...

2~>Laktoferin
      Protien ini menghalang pertumbuhan beberapa jenis organisma didalam usus seperti koliform dan yis yg bergantung hidup kepada zat besi...

3~>Iga Rembesan(secretory IgA)
      Imunoglobin berfungsi untuk melindungi bayi daripada virus dan bakteria terutama dr jenis yg sama yg terdedah kepada individu sekitar bayi tersebut seperti ibu dan keluarganya. Imunoglobin lain yg terkandung dlm susu ibu termasuk IgG dan IgM juga mempunyai fungsi serupa. Ia turut membantu melawan E-coli dan kemingkinan elergi.

4~>Lisozim
      Enzim ini melindungi bayi dr E-coli dan salmonela iaitu bakteria yg menyebabkan keracunan makanan serta demam tifoid. Ia juga membantu menigkatkan pertumbuhan usus yg sihat dan antiradang hati.

5~>Bifidus
         Membantu pertumbuhan laktobasilus iaitu bakteria baik yg melindungi bayi daripada bakteria dengan menghasilkan persekitaran berasid untuk mematikan bakteria.

6~>Karbohidrat
         Laktosa adalah kandungan utama karbohidrat yg ditemui dlm susu ibu ia menyumbangkan kira2 40% jumlah bekanlan kalori dr susu ibu. Laktosa membantu mengurangkan bakteria jahat dlm perut bg membolehkan bayi menyerap kalsium, fosforus dan magnesium dengan lebih baik. Ia membantu melawan penyakit dan menigkatkan perumbuhan bakteria sihat dlm perut.

7~>Lemak
         Susu ibu juga mempunyai lemak yang penting untuk kesihatan baik. Lemak diperlukan untuk tumbesaran otak, menyerap vitamin yang larut lemak dan menjadi sumber utama tenaga. Selain pembangunan otak asid lemak sangat diperlukan untuk pembentukan retina mata dan sistem saraf,Ia diserap kedlm otak semasa  semester terakhir ibu mengandung dan juga  melalui proses  penyusuan oleh ibu.

8~>Vitamin
      Jumlah dn jenis vitamin yg terkandung dlm susu ibu bergantung sepenuhnya dr pengambilan vitamin oleh ibu itu sendri.Ia menjadi sebab mengapa seorg ibu perlu mendapatkan bekalan makanan yg cukup zat termasuk vitamin.
Selain vitamin yg larut lemak iaitu vitamin A, D, dan K, vitamin larut air seperti vitmin C riboflavin, niasin, dan asid pantotenik juga pentig untuk kesihatan bayi.
Kerana keperluan vitamin ini pengamal perubatan akan menyarankan si ibu untuk menyusukan bayi dan pengambilan vitamn  pranatal.

9~>Leukocytes
      Adalah sel hidup yg terdapat hanya didalam susu ibu.Ia membantu melawan penyakit. Yg pasti gabungan antibodi sel hidup enzim dan hormon yg menyebabkan susu ibu mmenjadi susu paling ideal untuk bayi.Dan semua kandungan ini tidak dapat ditambah didalam susu formula.Inilah yg membezakan susu ibu dan susu formula..
Sebagai ibu bapa anda pasti inginkan yg terbaik untuk anak anda anda. Bagaimana pun ibu bapa yg bijak tahu  untuk memilih yg terbaik untuk anak..

So, ibu2 sume, bagi la susu ibu, anak sihat badan pun kuat. Hehehe...