Khamis, 29 Mac 2012

Amalan Semasa Menyusu Bayi

Disebabkan aku ni masih lagi menyusukan Azzalea sepenuhnye, so nak kongsi la ckit surah2 yang baik diamalkan sepanjang menyusukan bayi. Untuk peringatan kat aku gak, sambil pam tu leh gak bace ape yang ingat. Semoga anak2 aku terpelihara dari sebarang perbuatan yang x elok. Aku amik ni dari FB.
 
AMALAN BAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI
AMALAN SURAH SEPANJANG PENYUSUAN BAYI

Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

(Ruj dari Ustazah Siti Nor Bahayah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan